Pages

Sunday, July 1, 2012

Nenek Gengster Belasah Warga Emas

GEORGETOWN: Seorang wanita berusia 50-an yang sudah bercucu, layaknya digelar ‘nenek gengster’ apabila tergamak membelasah seorang warga emas sehingga mangsa retak tulang rusuk kerana masalah hutang dalam kejadian di Bandar Baru Farlim, Air itam, dekat sini.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi, Isnin lalu, mangsa, seorang wanita berusia 68 tahun dari Bukit Mertajam, datang ke rumah nenek itu untuk menuntut hutang sebanyak RM3,600 yang tertunggak sejak beberapa tahun lalu. 
Jurucakap polis berkata, berdasarkan siasatan, ketika kejadian, nenek itu berada bersama seorang cucu perempuannya berusia 29 tahun dalam rumah dan berlaku pertengkaran antara dua beranak itu dengan mangsa. 
Menurutnya, apabila nenek itu masih enggan membayar hutang, mangsa yang kecewa bertindak menyimbah cat di depan rumahnya.
“Berikutan itu, suspek berang lalu menerkam dan memukul mangsa dengan teruk.Apabila mangsa lemah, tangannya diikat bagi mengelaknya melawan.
p/s : wahhh...nenek! boleh masuk WWE nih...
hmetro...

Mengapa Doktor Bedah Pakai Baju Hijau?

Doktor
Selalu dalam bilik bedah kita selalu tengok doktor memakai baju hijau semasa bertugas. Kenapa?Pada mulanya doktor dikatakan memakai warna putih kerana ia warna yang melambangkan kebersihan. Bagaimanapun, seorang doktor yang berpengaruh telah menggantikan warna putih dengan warna hijau kerana menurutnya warna hijau lebih sejuk.

Walaupun sukar dipastikan mengapa warna hijau paling sesuai bagi doktor untuk melihat lebih baik di ruang pembedahan, secara umumnya kerana hijau adalah warna berlawanan dengan warna merah.Warna hijau dapat menyegarkan mata ahli bedah semasa melihat benda-benda berwarna merah, termasuk organ-organ tubuh yang berlumuran darah ketika pembedahan.
Melihat warna merah secara terus menerus menyebabkan signal warna merah di otak mengurangkan sensiviti terhadap variasi warna merah .Alasan lainnya adalah, terus-menerus fokus pada warna merah akan menyebabkan pakar bedah kurang memberikan tumpuan dan mengganggu penglihatan doktor.

Jika warna baju-baju pakar bedah berwarna hijau, ilusi ini akan memudar dan tidak akan mengganggu penglihatan doktor.
myberita.com